Friday, October 17, 2008

Esei, Kereta, dan Kejayaan...

Salam,
Kepada pengunjung blog ini, saya ucapkan ribuan terima kasih diatas komen anda dan harap ianya menjadi panduan kepada saya dalam meningkatkan kualiti blog ini. Ada pertanyaan dari kawan-kawan saya berkenaan dengan esei yang di hantar kepada Yayasan Kepimpinan Perdana pada tahun lepas dan alhamdulillah, ianya membuahkan hasil. Di sini saya masukkan komen dari Jemaah Hakim yang mengadili dan menilai karya-karya peserta;

Barisan Jemaah Hakim; Prof Emiritus Tan Sri Dato' Dr Kho Kay Kim, Dato' A. Kadir Jasin.



PENYATA HAKIM-HAKIM BAGI PERTANDINGAN MENULIS ESEI YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA 2007

JUDGES’ STATEMENT FOR PERDANA LEADERSHIP FOUNDATION’S ESSAY CONTEST 2007

  1. Sebanyak tiga ratus tiga puluh tujuh (337) penyertaan diterima – tujuh puluh lima (75) dari peringkat universiti, seratus lapan (108) dari peringkat sekolah menengah atas dan seratus lima puluh empat (154) dari peringkat sekolah menengah bawah.
    Three hundred and thirty seven (337) entries were received – seventy five (75) were from the Tertiary level, one hundred and eight (108) were from the upper secondary level and one hundred and fifty four (154) were from the lower secondary level.

  2. Setelah bacaan tapisan, sebanyak empat puluh dua (42) esei disenarai-pendekkan dan diserahkan kepada jemaah hakim untuk diadili;
    After an initial review reading, forty-two (42) essays were short listed and handed over to the panel of judges for evaluation.

  3. Identiti peserta tidak didedahkan kepada anggota panel hakim. Jemaah hakim hanya mengenalinya melalui nombor siri. Identiti hanya diketahui setelah para pemenang dipilih;
    Identities of entrants were not disclosed to the judges. The judges identified the participants by their serial numbers. The identities were disclosed only after the winners were selected and their rankings finalised.

  4. Mutu kerja berbeza dari peserta ke peserta daripada beberapa aspek (kriteria pengadilan);
    The quality of work varied from one entrant to another in the various aspects of the judging criteria.

  5. Pengolahan esei memberi gambaran wujud kelemahan berbahasa, berhujah dan menyelidik.
    From the way the essays were crafted, there exist weaknesses in the use of language, in articulation, argument and research.

  6. Bahasa dan gaya longgar dan berjela-jela, khasnya di kalangan peserta yang menulis dalam bahasa Malaysia;
    Language and style were loose, particularly among entrants who submitted their essays in Bahasa Malaysia.

  7. Penguasaan bahasa, sama ada bahasa Malaysia atau Inggeris menjadi punca kebimbangan kepada anggota jemaah hakim;
    The command of language, be it Malay or English, is a source of concern among the judges.

  8. Daripada temu duga yang diadakan dengan para pemenang, isu kelemahan penguasaan bahasa dan keupayaan berinteraksi menjadi semakin ketara;
    From the interviews with the winners, the weak command of language and the inability to articulate became more apparent.

  9. Majoriti yang menulis dalam bahasa Malaysia kurang atau tiada kemampuan berinteraksi dalam bahasa Inggeris;
    Most of the entrants who wrote in Bahasa Malaysia lacked ability to communicate in the English language.

  10. Majoriti yang menulis dalam bahasa Inggeris mampu berinteraksi dalam bahasa Malaysia dengan memuaskan;
    However, most of the entrants who wrote in English could interact satisfactorily in Bahasa Malaysia.

  11. Kematangan fikiran tidak semestinya mengikut usia atau tahap pendidikan. Kami amat gembira mendapati ada pelajar menengah rendah berhujah secara tulisan dan lisan sehebat atau lebih hebat daripada peserta menengah atas dan IPT;
    We found that maturity of thought was not necessarily associated with age or the level of educational. We were happy to find lower secondary school students who could write and converse as well as or even better than upper secondary schools and tertiary level students.

  12. Kesimpulan, manakala pertandingan ini boleh dianggap berjaya dan para pemenang boleh berbangga dengannya, kami berasa masih ada ruang yang perlu diisi untuk mencapai tahap cemerlang.
    In conclusion, while this contest could be considered a success and the winners could be proud of their achievements, there could be improvement to attain excellence.

0 comments:

Newer Post Older Post Home