Tuesday, August 19, 2008

hIDUP INI sEMEntara..

untuk peringatan buat diriku yang mudah lupa...

juga untuk adik-adikku yang rajin buat sudoku..pasti suka dengan matematik ni


DIMANA BOLEH CARI ORANG MELAYU

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu

Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru


Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu


Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan tauhu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ


Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOLEH! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan Sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

‘DEMI MASA’ manusia selalu terlupa

1hari = 24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan = 52 Minggu = 365 Hari = 8,760 Jam = 525,600 Minit = 31,536,000 Saat

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
60th - 70th

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th

“Baligh: Bermula untuk seseorang diperhitungkan amal baik atau buruknya
selama hidup di dunia”


Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 – 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun = 18,250 hari = 458,000 jam
12 jam siang hari, 12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama….. ….!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis
dipakai tidur: 18,250 hari x 8 jam = 146,000 jam = 16 tahun 7 bulan;
dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya:

Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur,
padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya… …

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis
dipakai untuk aktiviti : 18,250 hari x 12 jam= 219,000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang
sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai
untuk rehat 18,250 hari x 4 jam= 73,000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan…. ..

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.


Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah,
tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.

Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar…
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?

Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.


” Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi… !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab,

Solat jalan untuk membuka pintu syurga…
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ….. 5x solat = 50 minit ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18,250 hari x I jam = 18250 jam

= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan
dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun


kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka
untuk mendapatkan balasan kelalaian… ………
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia
dan semuanya itu akan menjadi bencana….. …….

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat

Friday, August 1, 2008

Aku suke lagu ni...

Kuteringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta

Perjalanan sunyi
Yang kau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Ingatkan kau kepada
Embun pagi bersahaja
Yg menemanimu
Sebelum cahaya
Ingatkan kau kepada
Angin yg berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati
dan berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi
Meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

Newer Posts Older Posts Home