Thursday, June 19, 2008

Undi tidak percaya terhadap PM.

Pengistiharan tiada kepercayaan terhadap Perdana Menteri


KOTA KINABALU, Jun 18, 2008:

Dalam ketetapan untuk mengukuhkan perlaksanaan dan kestabilan politik, rakyat Malaysia khasnya di Sabah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kini. Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskannya dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini, saya mengistiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kini.

Saya menurunkan tandatangan,

Eric Enchin Majimbun

Wednesday, June 18, 2008

Pemberian rebat RM 625

Apabila kerajaan mengumumkan pemberian rebat bernilai Rm 625 bagi setiap kenderaan yang didaftarkan, maka pejabat pos menjadi tumpuan orang ramai untuk menuntut rebat tersebut. Maka dengan sekonyong-konyongnya dalam suratkhabar esok hari, ada gambar orang menunjukkan cash money di tangan. Kononnya gembira. Adakah ini satu polemik untuk mengaburi mata rakyat dengan memujuk melalui pemberian wang tunai?
Cuba anda buat simple calculation, maka purata satu hari dalam setahun hanya anda dapat berapa?Adakah ianya berbaloi bila pada masa yang sama harga-harga barang keperluan akan menokok hasil daripada peningkatan harga minyak. Tepung naik, ayam naik, tambang bas naik, semua naik...Jangan mudah kabur bila disogok sesuatu. Jadilah masyarakat intelek!

Putaran masa silih berganti

Alfatihah...Kepada pengunjung blog ini, saya pohon kalian menyedekahkan sekalung alfatihah kepada arwah nenek saya, Zainab bt Awang Kechil yang telah meninggal dunia pada 4 Jun 2008 dalam usia 65 tahun. Malangnya saya tidak dapat berada di sisi beliau ketika saat akhir beliau kerana masih di KL. Mujur saya sempat pulang menjenguk nenek saya ketika beliau sedang tenat.
Kekadang masa yang berlalu begitu pantas, adakalanya tidak kita sedari ianya berlalu begitu pantas, adakalanya tidak terkejar...
Lantas bila kita sedari, masa terus berlalu, sekeliling turut berubah dan orang yang kita sayangi kini beransur meninggalkan kita. Satu demi satu pergi menghadap Illahi. Tentunya ini satu ukuran terhadap anjakan usia yang semakin meningkat.Yang pergi tetap pergi. Saya berasa kehilangan mereka ini tetapi adakah kita harus terus menyesali terhadap apa yang berlaku?
Warisan yang mereka tinggalkan perlu diteruskan, sudah menjadi peradaban dunia, yang patah tumbuh kembali, yang hilang datang berganti. Tapi menjadi lumrah manusia, apabila hilang sesuatu, pastinya kelak baru menyesal mengenangkan sesuatu yang pergi..

Thursday, June 5, 2008

PRU ke12; Adakah retorik semata-mata?

Newer Posts Older Posts Home