Monday, July 20, 2009

Replay between Malaysia-MU on 20TH July 07

Kesudahan 3-2 antara MU dan Malaysia rupanya tidak berakhir untuk dikenang sebagai saat manis bagi peminat Malaysia apabila menyaksikan kebangkitan skuad kebangsaan. Mereka akan diuji sekali lagi apabila MU mengajak Malaysia untuk beradu kekuatan sekali lagi.

Pelik, tetapi itulah hakikatnya. Ada pro dan kontranya iaitu:

Pro:

  1. Malaysia diajak oleh MU
  2. MU rasa tercabar sebab tak mampu laukkan Malaysia
  3. Kononnya MU nak give more chance to Malaysian fans to see they play live again
  4. MU cakap Malaysia was comfortable and safer than Indonesia, so they has decided to stay in this country and play for 2nd time to face Malaysia.
  5. Its good news for Malaysia football coz MU felt that Malaysia's team are competent to play with them (pre training for EPL preparation)
Contra:


  1. Malaysia mungkin dikalahkan dengan jurang lebih besar
  2. MU akan amuk habis-habisan bila lawan Malaysia besok malam.
  3. Strategi Malaysia mungkin dah di study b4 lawan besok malam. Padahal sebelum ni, dorang tak prepare sangat pun nak lawan Malaysia kan, almaklum la, pasukan 150 ++ ranking Fifa
  4. Fans yang datang tak sampai 85,000 orang macam yang pertama punye match
  5. Takde pingat or medal nak bg lagi, sebab dah abiskan mase first match aritu

Walau apepun, teruskan bermain besok malam, moga dorang tunjukkan fair play and match yang menhiburkan, tapi jangan lupa, berjuang hingga 90 minit, bukan 30 minit yang pertama je.
Malaysia boleh! MU can !

Manchester United atau Malaysia?

Lautan merah telah melemaskan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Harimau Malaya tenggelam dek arus deras lautan 'Syaitan Merah' yang dibawa khas dari UK ini. Semua orang tau kelab Inggeris yang sangat hebat ini, dibarisi bintang bertaraf dunia, penajaan berjuta-juta ringgit, serta memiliki peminat di merata dunia.

Apakah ada pada pasukan bola sepak Malaysia? Sebuah pasukan belasahan yang kerap ditertawakan rakyat negara sendiri, apatah lagi mahu berhadapan pasukan Syaitan Merah ini. Jika mendapat 1 gol semasa berhadapan Syaitan Merah ini pun sudah dikira hebat dan akan dikenang sebagai wira kerana berjaya membolosi gawang MU.

Perlawanan Sabtu lalu antara MU dan Malaysia menjadi tumpuan bukan sahaja Malaysia, tetapi di Arab Saudi, Hong Kong, UK dan negara-negara yang mempunyai peminat terhadap pasukan Syaitan Merah ini. Ini berdasarkan bahasa yang digunakan para commentator yang anda boleh lihat di You Tube. Mereka bukanlah nak tengok sangat Malaysia main, malah tak mau pun. Tapi mereka nak tengok ialah;

  1. Pemain2 baru MU yang baru dibeli
  2. Jersi baru MU
  3. Performance MU dengan player2 baru ni
  4. MU tanpa Ronaldo
  5. MU membelasah Malaysia
Maka apabila perlawanan antara kedua-dua pasukan ini berlangsung, bagai langit dengan bumi diibaratkan oleh segelintir puak2 yang suka mengkondem skuad negara. Top world club againts Malaysia?

Bila Malaysia berjaya membolosi 2 kali gawang MU, ternampak kegusaran di hati Alex Ferguson kerana tidak menjangka ia boleh berlaku. Apapun, tahniah buat Amri Yahya dan Malaysia goalkeeper, yang banyak menyumbang kepada kejayaan Malaysia.

Pemain Malaysia ada yang dari Tanjung Karang, Kulim, Kota Bharu, Ipoh dan lain-lain lagi. Tak ada pun yang datang dari Wales, Belanda, dan Portugal. So Proud to be Malaysian.

Moral di sini ialah belajarlah menyokong dan berbangga dengan negara sendiri!

Saturday, April 25, 2009

Lubang Kerja 2-ni bukan jobstreet ar....

Salam kembali..
Saya ingin membuka peluang kepada anda yang mempunyai kelayakan atau rakan anda yang dilihat mempunyai potensi untuk memohon, saya ada lubang kerja yang perlu diisi..

Kepada anda yang mempunyai latarbelakang;

1) Engineering
2) Business Development/ Marketing
3) Java web development

Roger kanmaklumat anda kepada saya untuk dipanjangkan kepada pihak yang berkaitan. Cepat! Company ni tengah nak expand, baru dapat projek petroleum kat Acheh, ushasama dengan Petronas. Another one is related to IT based company, so dont wait, act fast!

Tuesday, March 10, 2009

PPSMI- Pandangan jujur sebagai orang muda; rakyat biasa

Perjuangan menegakkan bahasa tidak pernah padam dalam setiap diri bangsa-bangsa di dunia ini. Baik kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia, semuanya masih ada sentimen primordial yang tinggi, masing-masing bangga dengan kaum masing-masing. Jika diberi pilihan, sudah tentulah setiap bangsa di Malaysia ini mahukan bahasa mereka di jadikan bahasa rasmi atau lidah utama bagi negara majmuk seperti Malaysia ini.

Perlembagaan Negara Malaysia telah menyatakan bahawa bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Ini adalah negara Malaysia, tanah tumpah darah kita, kita sepatutnya yang mempunyai hak dalam menentukan hala tuju masa depan anak bangsa kita.

Ayuh!Bangkitlah para pejuang bangsa, jika kerajaan terus berdegil dan keras kepala, maka kita juga akan berkeras. Apakah mahu dilihat bahawa anak bangsa Melayu terus ketinggalan? Saya mempunyai pengalaman mengajar pelajar sekolah rendah di Dengkil, dimana anak kecil ini tidak memahami subjek Sains dan Matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Sedih melihat nasibnya, apabila saya bertanya dia langsung tak memahami malah untuk menyelesaikan masalah Matematik yang ditanya. Bila dialihkan ke dalam Bahasa Melayu, budak ini dapat memberikan jawapannya. Adakah kita akan kata budak ini bodoh disebbkan tidak tau menyelesaikan masalah Matematik tadi?

Tidak sama sekali. Jangan jadikan bahasa sebagai penghalang dan penyekat kepada pemahaman anak-anak. Hapuskan PPSMI dalam sistem sekolah rendah, itu gesaan saya. Adakah logik perlaksanaan ini dilaksanakan disemua peringkat sistem pendidikan negara, tidak adil bagi anak kecil yang belajar di aliran rendah. Apakah pelajar di desa menerima pendedahan yang sama seperti di kota? Ya, sesetengah tokoh mungkin berkata zaman mereka dulu, berasal dari kampung,belajar dalam BI tidak menjadi masalah malah mereka berjaya hingga sekarang. Tapi itu dulu, dimana sekolah aliran Inggeris menjadi tempat mereka belajar, maka tiada masalah.

Laksanakan PPSMI pada peringkat menengah, itu dilihat lebih sensitif dengan persekitaran. Apabila pelajar di sekolah rendah tidak dapat memahami asas dalam Matematik dan Sains disebbkan bahasa, anda dapat bayangkan apabila mereka ini di peringkat menengah nanti tercungap-cungap tidak memahami apa yang diajarkan. Itu belum guru yang belum menguasai BI, tetapi dikerah untuk 'speaking', maka ianya menjadi paksa rela.

Saya tersenyum sinis melihat jawapan Menteri Pelajaran, Dato' Hishamuddin Tun Hussein, kenapa baru sekarang baru menetang, bukan 6 tahun yang lepas? Menteri ini belum lahir agaknya pada masa itu, itu sebab beliau menjawab begitu. Semasa ura-ura perlaksanaan PPSMI pada tahun 1996, sudah banyak NGO yang menetang. Sebelum perlaksanaan PPSMI,tidak ada persidangan meja bulat dilakukan, mendapatkan pandangan pelbagai pihak, dan perlaksanaan pula dilakukan tergesa2, hingga guru yang hendak mengajar mengeluh mencari kamus, memantapkan diri, semata2 untuk menerima dasar baru ini. Guru pun tidak bersedia, apatah lagi murid?

Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.

Saya adalah produk Sekolah Kebangsaan, belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia yang tunjangnya adalah bahasa Melayu, tidak sekali2 akan malu dengan bahasa ini. Sangat marah apabila mendengar kata2 seperti; malu untuk menulis tesis dalam Bahasa Melayu, kononnya tidak ada kelas, ketinggalan, malu sebab kuliah dalam BM, katanya maksud tidak sampai, juga malu apabila bercakap Melayu, katanya kita ini adalah Melayu typical. Inilah sindrom orang Melayu, malu dengan jatidiri apabila mereka sudah sedikit maju, tapi apakah maknanya Melayu yang tinggal kelak sudah hilang identitinya? Maka yang tinggal hanyalah baju kurung yang disarungkan hanya bila Hari Raya...

Saya khuatir, saya orang muda yang perjalanannya masih jauh. Saya tidak mahu kita disisih dek kerana orang kita sendiri yang mula alpa kepada perjuangan bangsa. Bangsa lain tidak sedikit pun mau berganjak dari mempertahankan bahasa mereka. Mereka usahakan untuk meletak walaupun sepatah perkataan di atas sebatang jalan. Apabila perjuangan menuntut bahasa kebangsaan ini dibalasi oleh semburan gas pemedih mata, tertanya sendiri adakah begini caranya balasan untuk perjuangan untuk menegakkan sebuah bahasa....

-Karya Orang Timur-

Thursday, March 5, 2009

My new office



Monday, March 2, 2009

ISA; relevankah di Malaysia?

Ini topik yang sangat hangat dibualkan, dari peringkat tertinggi negara sampailah ke peringkat kedai kopi...Masing-masing ada tafsiran sendiri, mengikut latar belakang atau lapangan yang mereka ceburi atau alami...

Saya hanya bersuara atas kapasiti saya sebagai rakyat Malaysia, saya tidak ada pangkat Dr, Prof, Datuk, Dato', Tan Sri, malah jauh lagi Y.A.B Perdana Menteri...Apabila orang politik berbicara tentang ISA, dikatakan mereka ini bercakap kerana politik dan melindungi kepentingan tertentu...

Apabila Majlis Peguam, ataupun peguam-peguam mengupas ini, mereka akan berckap tentang isu keadilan...'dimana keadilan kepada tahanan ISA ini kerana mereka didakwa tanpa bicara?'
inilah yang akan dihujahkan mereka....

Di pihak Parti Pembangkang, mereka akan cakap bahawa ini tidak adil...dimana demokrasi? ini adalah kerajaan rakyat, dipilih rakyat, maka suara adalah dari rakyat...hapuskan ISA, mari kita tegakkan keadilan, hapuskan kezaliman...maka 'Lawan tetap lawan..'

Di pihak kerajaan, ini adalah perlu untuk menangani mereka yang bertindak melampau batasan hingga menjejaskan keamanan dan kestabilan negara...Tapi saya musykil sejak akhir2 ini, ISA digunakan mungkin untuk tujuan melindungi kepentingan politik tertentu...orang tertentu..Apakah ini adil? Budak tadika pun boleh jawab, ini tidak adil...

Bagi saya, untuk menjawab isu ni ialah;

1) Negara Malaysia adalah negara majmuk, terdiri dari 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Apabila mengatakan kaum Melayu adalah dominan dan majoriti, ini tidak bermakna bahawa hanya orang Melayu yang berkuasa...Kita perlu ingat bahawa pemberian kerakyatan kepada kaum Cina dan India adalah satu pengorbanan besar, iaitu apabila kerakyatan diberi maka mereka layak mengundi calon pilihan mereka dan menentukan hala tuju dan juga membuat dasar-dasar untuk negara.

2) Dalam 27 juta rakyat Malaysia ini, yang paling kronik nya ialah kita ini masyarakat yang sangat kompleks dalam dunia...Ramai pengkaji politik mengakui bahawa masyarakat di negara ini sebagai …'extreme example of a plural society' . Kenapa perlu disamakan dengan Amerika Syarikat? Ya..mereka memang demokrasi, cakaplah apa yang anda suka..tiada tindakan macm ISA di Malaysia...US ada pelbagai kaum, bangsa, etnik, tetapi agama sama..tapi kita di Malaysia, Melayu ialah Islam, Cina ialah Buddha, dan India ialah Hindu. Agama ialah bab yang sensitif, sedikit perselisisihan boleh bawa padah..Bukan agama saja yang berbeza, tapi bangsa, kepercayaan dan adat resam pun lain-lain dikalangan rakyat Malaysia...

3) Setiap kaum memiliki sentimen primordial yang tinggi dan bertentangan dengan kaum lain.Sikap etnosentrisisma dan pemilikan sentiment primordial yang tinggi oleh berbagai kaum itu telah melahirkan parti-parti politik yang jelas mewakili satu-satu kaum tertentu.Mengeksploitasi isu perkauman memudahkan parti-parti ini meraih sokongan dalam isu dan kempen politik.

4) Kebangkitan kumpulan pendesak seperti HINDRAF dan sebagainya yang berlatarbelakangkan suatu gerakan awam, berpotensi menggugat kestabilan dan keamanan negara kerana gerakan kumpulan pendesak ini mempunyai sokongan grassroots yang luas.

5)Demokrasi di Malaysia bukanlah secara mutlak, tetapi terhad oleh parameter demokrasi Malaysia yang tertakluk kepada beberapa akta seperti ISA, Akta Polis, Akta Percetakan & Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Rahsia Rasmi.

Kesimpulannya, ISA perlu di Malaysia dalam menangani segelintir mereka yang ekstrim dalam memperjuangkan hak-hak tertentu, tanpa memperdulikan keselamatan, keamanan dan keharmonian rakyat. Adakah kita mahu lihat negara ini menjadi kacau bilau hanya kerana segelintir yang membuat hal?Pihak yang berkuasa serta pemimpin perlu menggunakan akta ini juga secara adil, tanpa berniat politik supaya rakyat tahu bahawa ISA ini masih relevan terhadap iklim Malaysia.

-Karya Orang Timur-

Kecilnya Dunia...

Hari terakhir saya di FoodReg pada November lepas adalah hari yang sedih bagi saya...Meninggalkan rakan sekerja dan tempat kerja yang bagi saya amat saya senangi. Tetapi penghijrahan perlu berlaku dalam hidup, apalah makna kehidupan jika kita berada statik di tempat yang sama tanpa ada kemajuan, kan...?

Apabila berada di KFC, kawan lama saya di FoodReg telefon dan mmberitahu saya bahawa dia sudah bekerja dengan Mission Foods Malaysia, iaitu supplier untuk produk Tortilla kepada KFC. Tortilla digunakan dalam produk Meltz, Twister, Nasi lemak Wrap (sila lihat menu ini di KFC)..

Alangkah kecilnya dunia...Dulu kawan saya ini duduk di depan meja saja, tapi sekarang menjadi QA Manager di company baru tuh...Dan saya pula akan datang mengaudit company nya samada 'comply' dengan KFC standard.

Jumaat lalu, saya sembang2 dengan bos..dia dulu study di USM...and saya bgtau yang pak ndak saya pegawai Pusat Islam kat USM dulu...bila sebut nama, dia bgtau yang itulah Ustaz yang dia jumpa dulu untuk dapatkan nasihat sms ada masalah dulu di USM...lagi dunia yang kecil...

Emak saya baru beli rumah di Sg Petani, Kedah..Ini rumah mak ngan ayah bila mereka dah pencen..Maknanya rumah di KL akan jadi rumah kami adik beradik..Bila first time datang rumah baru, lihat di kiri n kanan sudah ada jiran, tapi yang sebelah kiri ni macam kenal sangat...Rupanya dia ialah Pensyarah Biologi sms saya study di KMPP (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang) batch 0304 lalu...Pensyarah favourite lak tu...dunia yang kecil lagi...

Dulu di Johor saya ke kilang ayam milik penuh PPNJ (Pertubuhan Peladang Negeri Johor). Saya kenal dengan Manager nya, Cik Liza..Saya mengajarnya cara menggunakan sistem kami, n then saya bgtau lepas ni saya tak jumpe lagi Kak Liza (panggilan x formal ler) sbb saya akan join KFC. La...rupenya Kak Liza ada adik yang kerja kat KFC Holdings jugak, sama department plak tuh...sekali lagi dunia yang kecil...

Wallahualam...

Older Posts