Monday, October 13, 2008

Melamine; Apa dan bagaimana?

Umum mengetahui bahawa pencemaran melamine ke dalam susu tepung di Tanah Besar China baru-baru ini. Kes ini telah mengejutkan dunia dimana pencemaran ke atas susu tepung ini telah mengakibatkan angka korban serta jumlah yang menderita tidak kurang hebatnya.

Apakah melamine?

Melamine adalah sejenis organic base, dimana struktur kimianya mempunyai hampir 66% nitrogen. Secara mudahnya, apabila merujuk kepada struktur kimianya, C3H6N6, tentunya anda dapat simpulkan bahawa ianya adalah kaya dengan unsur nitrogen didalamnya. Didalam industri makanan, ianya dicampur dengan asid cyanuric lalu membentuk melamine cyanurate, dan inilah yang telah memberi implikasi kepada pencemaran protein terhadap produk susu dari China.

Apakah kaitan Nitrogen dengan susu ?

Didalam Sains Makanan, khususnya Kimia Makanan, kandungan nitrogen adalh penting dalam penentuan jumlah protein terhadap sesuatu makanan. Untuk mendapatkan jumlah protein terhadap produk seperti susu, maka nilai amaun kandungan nitrogen akan digunapakai. % kehadiran protein adalah penting dalam menenntukan samada produk itu mempunyai kandungan protein yang tinggi atau tidak. Lebih banyak kandungan protein didalam, maka lebih tinggi nilai sesuatu produk itu, i.e susu tadi.

Oleh itu, didalam industri makanan, apabila sesuatu produk yang mengandungi protein didagangkan, ianya akan dinilai berdasarkan kandungan protein tadi. Ujian Kjedhal akan dijalankan untuk Protein Determination, dimana jumlah nitrogen akan dihitung dan ditukar kepada protein dengan mendarabnya kepada 6.25 sebagai nilai tara.

Bagaimana pencemaran melamine ini berlaku?

Tentunya apabila kejujuran dalam perniagaan tidak lagi diamalkan oleh pedagang-pedagang tadi. Melamin dicampurkan ke dalam susu untuk meningkatkan kandungan protein. Saya bukan berkata penambahan bahan kimia ini tidak boleh, tetapi salah apabila ianya ditambah melebihi jumlah yang dibenarkan Akta Makanan.

Dari satu aspek, ketidakjujuran dalam perniagaan berlaku dimana pengilang/pembeli telah membeli susu tadi dengan jumlah yang mahal (kandungan protein yang tinggi), dan memprosesnya menjadi secondary or tertiery products. Melamine merbahaya kerana ianya memeberi komplikasi kepada kegagalan buah pinggang untuk berfungsi. Adalah mengejutkan kenyataan rasmi menyebut lebih kurang 20% produk tenusu yang diuji di China adalah tercemar dengan melamine.

Sikap tidak bertanggungjawab ini telah merosakkan rantaian makanan, menjejaskan bekalan serta menyebabkan hampir 53, 000 orang jatuh sakit, lebih 12,800 dimasukkan ke hospital dan 4 nyawa terkorban.

Inilah manusia, bila sifat tamak merajai hati dan fikiran, nilai kemanusiaan dan kejujuran di letak di kaki...

Yang rugi dan sengsara adalah diri sendiri....

-Karya Orang Timur-

1 comments:

time kasih utk maklumat berguna nih

p/s:sila unable word verification..sgt menyusahkan..

Post a Comment

Newer Post Older Post Home