Monday, May 26, 2008

Pulau Batu Putih- Malaysia Putih Mata

Salam...saya mengikuti dengan penuh minat isu Pulau Batu Putih ini sejak ianya menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura. Keputusannya jelas, Pulau Batu Putih kini milik Singapura walaupun ia sebenarnya adalah hak kita, hak Malaysia. Akhbar arus perdana melaporkan ini adalah situasi menang-menang kepada Malaysia, juga Singapura. Negara mendapat Middle Rocks, tetapi Singapura memiliki Pulau Batu Putih. Bagi saya, kita sebenarnya kalah. Kalah dalam perjuangan sebenar, iaitu matlamat asal ialah menuntut hak kita ke atas Pulau Batu Putih dan keputusan ICJ pada Jumaat, 23 Mei telah mensahihkan apa yang kita khuatiri selama ini, akhirnya terjadi. Pulau Batu Putih-Malaysia Putih Mata. Secara amnya, pulau ini sekali imbas adalah sebuah pulau yang hanya ada batu putih, lumut pun x nampak..Tiada nilai komersil, apatah lagi untuk didiami. Inilah kebutaan kita. Dikala pihak lain mengintai peluang, menantikan saat kita terleka, mereka pula bersiap sedia menangguk di air keruh. Perlu diingat, kita bukannya seperti Indonesia, memiliki begitu banyak pulau sehingga mereka sendiri pun kurang pasti berapakah bilangan sebenar pulau yang dimiliki mereka. Tambah lagi, ada pulau mereka tidak bernama! Malaysia sebuah negara bertuah, mempunyai perairan yang luas, pulau-pulau yang indah tetapi jangan dilupakan pulau-pulau kecil ini. Pulau Batu Putih ini walaupun hanyalah seluas 0.2 hektar atau setengah padang bola sepak sahaja, dan hanya 12.8 km dari Pengerang, Johor tetapi 46 km dari Singapura.Tapi kenapa baru sekarang baru Malaysia mahu merebutnya sedangkan Singapura awal2 lagi sudah menyatakan pemilikannya melalui pembinaan rumah api, sistem radar dan meletakkan kapal pengawal maritim di sekitar perairan pulau itu? Mujur, Allah itu maha Adil lagi Maha Bijaksana, syukur Middle Rocks jatuh kepada Malaysia. Saya tidak dapat bayangkan kalau kumpulan terumbu ini juga menjadi milik negara jiran, maka kita akan dapat menyaksikan Singapura kedua wujud di Selatan Johor. Ini kerana Singapura pernah menyatakan hasrat untuk melakukan penambakan di Pulau Batu Putih, mungkin ini akan melibatkan Middle Rocks yang hanya 1.1 km ke selatan pulau itu. Setidak-tidaknya jatuhnya Middle Rocks ke atas Malaysia menjadikan ianya seperti pengimbang kepada kekuasaan Singapura ke atas Batu Putih kelak. Inilah pentingya sejarah. Jangan menidakkan sejarah kerana bangsa yang maju dan bertamadun ialah bangsa yang menghargai sejarah, menghayati dan menjadikan asas kepada kemajuan pada masa hadapan.

1 comments:

mmg malayu putih mata bukan malaysia....sbb melayu pecah belah.melayu sibuk nk kaye,kaye aku pon same gak.pasal pulau2 kecil kat kwsn johor tak ambil peduli.malaysia bangga sangat kes pulau batu putih masuk ICJ...katenye kerajaan sokong keadilan.by the way tahniah kepada para hakim2 yg berhujah...maklumlah negara islam mn menang kalau melibatkan kes2 antarabagsa...semua hakim yg buat keputusan bukan islam pun...

Post a Comment

Newer Post Older Post Home