Monday, May 26, 2008

Permit Bas Ekspres Konsortium digantung?

Sejauhmanakah larangan penguatkuasaan Konsortium Bas Ekpres Semenanjung ini diikuti? Saya bukan menidakkan kuasa pihak berkuasa, terutamanya apabila larangan ini dikeluarkan oleh LPKP. Hairan! Tatkala larangan berkenaan perkhidmatan ini baru berkuatkuasa (itupun selepas kemalangan di Negeri Sembilan yang melibatkan banyak nyawa, walhal 4 kemalangan melibatkan nyawa dalam tempoh 4 bulan, wow!hatrick beb!), bas ini masih aktif berkeliaran di jalan raya, bebas bergerak riang membawa penumpang. Saya tidak bercakap kosong. Ketika dalam perjalanan pulang ke Penang pada 20 Mei lalu, senang2 saya dapat melihat bas ini, warna maroon, sponsored by Spritzer, megah menyusur lebuhraya Plus. 2 biji pulak tu. Lokasi? Sejurus selepas Tol Juru Arah Utara.
Sedutan Bernama;

'Difahamkan, ketika ditahan pemandu bas berumur 40 tahun itu (ke Pulau Pinang) cuba melarikan diri tetapi ditahan pegawai JPJ untuk soal siasat.'

'"Pemandu bas berkenaan mendakwa yang dia telah menerima arahan daripada 'tauke' syarikat supaya terus memandu bas itu selagi tidak ditahan pihak berkuasa.'

Hai...sikap orang kita, lebih takutkan bos daripada keselamatan diri dan penumpang. Saya kurang pasti kenapa dan mengapa tauke KBES ini tidak takut dengan undang-undang? Apakah undang-undang ini dibawah celah ketiak mereka? Apabila undang-undang tidak lagi digeruni, apatah lagi dipatuhi, maka tentunya ada sesuatu yang pelik...Tauke ini kebal? Atau undang-undang kini yang tidak ubah seperti bahan jenaka dan gurauan sesetengah pihak?
Ala bos, kita kawtim la..Nanti wa belanja lu minum 'kopi'...

KBES sepatutnya diambil tindakan dari awal lagi. Sudah ramai yang terkorban bile berkorban nyawa menaiki bas ini. Sistem pengendalian juga perlu diperbaiki. Saya pernah sekali menaiki bas ini pulang ke Penang, naik di Puduraya. Tiket pkul 11, datang pukul 12. Bile dah naik, letak barang, suruh tukar bas, katanya tersilap bas. Apa cer?

Kpd pengguna, tepuk dada, tanya selera!

4 comments:

selagi diri sendiri belom kena...tiada siapa yang akan berubah....

apa kata ko nujudkan chatbox untuk memeriahkan lg page ko ini

whta if u add chat box?

memang setiap kali belaku excident br nk huru-hara.mmg permit digantung tetapi kepada para pembeli tiket yg sudh beli tiket takkan nk buang duit kot...jd pihak syarikat kena jln tanggungjwbnya...takkan nk bagi duit tiket blk, syarikat pon bukan kaye sangat, kerajaan pon tak nk buat peruntukan ape pasal lak...satu lagi kita ni manusia mmg cuai juga.cuai ni byk samada pemandu atau peguatkuasa, sama cuai.tak buat pemeriksaan...satu lagi takdir pulak,,yang ni tak leh nk wak ape2..takdir dh tentu kita mati mcm mn kan walaupon bus tu 70% dlm keadann selamat(ciptaan manusia bukannyer 100% perfect tau)

Post a Comment

Newer Post Older Post Home