Monday, July 20, 2009

Manchester United atau Malaysia?

Lautan merah telah melemaskan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Harimau Malaya tenggelam dek arus deras lautan 'Syaitan Merah' yang dibawa khas dari UK ini. Semua orang tau kelab Inggeris yang sangat hebat ini, dibarisi bintang bertaraf dunia, penajaan berjuta-juta ringgit, serta memiliki peminat di merata dunia.

Apakah ada pada pasukan bola sepak Malaysia? Sebuah pasukan belasahan yang kerap ditertawakan rakyat negara sendiri, apatah lagi mahu berhadapan pasukan Syaitan Merah ini. Jika mendapat 1 gol semasa berhadapan Syaitan Merah ini pun sudah dikira hebat dan akan dikenang sebagai wira kerana berjaya membolosi gawang MU.

Perlawanan Sabtu lalu antara MU dan Malaysia menjadi tumpuan bukan sahaja Malaysia, tetapi di Arab Saudi, Hong Kong, UK dan negara-negara yang mempunyai peminat terhadap pasukan Syaitan Merah ini. Ini berdasarkan bahasa yang digunakan para commentator yang anda boleh lihat di You Tube. Mereka bukanlah nak tengok sangat Malaysia main, malah tak mau pun. Tapi mereka nak tengok ialah;

  1. Pemain2 baru MU yang baru dibeli
  2. Jersi baru MU
  3. Performance MU dengan player2 baru ni
  4. MU tanpa Ronaldo
  5. MU membelasah Malaysia
Maka apabila perlawanan antara kedua-dua pasukan ini berlangsung, bagai langit dengan bumi diibaratkan oleh segelintir puak2 yang suka mengkondem skuad negara. Top world club againts Malaysia?

Bila Malaysia berjaya membolosi 2 kali gawang MU, ternampak kegusaran di hati Alex Ferguson kerana tidak menjangka ia boleh berlaku. Apapun, tahniah buat Amri Yahya dan Malaysia goalkeeper, yang banyak menyumbang kepada kejayaan Malaysia.

Pemain Malaysia ada yang dari Tanjung Karang, Kulim, Kota Bharu, Ipoh dan lain-lain lagi. Tak ada pun yang datang dari Wales, Belanda, dan Portugal. So Proud to be Malaysian.

Moral di sini ialah belajarlah menyokong dan berbangga dengan negara sendiri!

0 comments:

Newer Post Older Post Home