Tuesday, March 10, 2009

PPSMI- Pandangan jujur sebagai orang muda; rakyat biasa

Perjuangan menegakkan bahasa tidak pernah padam dalam setiap diri bangsa-bangsa di dunia ini. Baik kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia, semuanya masih ada sentimen primordial yang tinggi, masing-masing bangga dengan kaum masing-masing. Jika diberi pilihan, sudah tentulah setiap bangsa di Malaysia ini mahukan bahasa mereka di jadikan bahasa rasmi atau lidah utama bagi negara majmuk seperti Malaysia ini.

Perlembagaan Negara Malaysia telah menyatakan bahawa bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Ini adalah negara Malaysia, tanah tumpah darah kita, kita sepatutnya yang mempunyai hak dalam menentukan hala tuju masa depan anak bangsa kita.

Ayuh!Bangkitlah para pejuang bangsa, jika kerajaan terus berdegil dan keras kepala, maka kita juga akan berkeras. Apakah mahu dilihat bahawa anak bangsa Melayu terus ketinggalan? Saya mempunyai pengalaman mengajar pelajar sekolah rendah di Dengkil, dimana anak kecil ini tidak memahami subjek Sains dan Matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Sedih melihat nasibnya, apabila saya bertanya dia langsung tak memahami malah untuk menyelesaikan masalah Matematik yang ditanya. Bila dialihkan ke dalam Bahasa Melayu, budak ini dapat memberikan jawapannya. Adakah kita akan kata budak ini bodoh disebbkan tidak tau menyelesaikan masalah Matematik tadi?

Tidak sama sekali. Jangan jadikan bahasa sebagai penghalang dan penyekat kepada pemahaman anak-anak. Hapuskan PPSMI dalam sistem sekolah rendah, itu gesaan saya. Adakah logik perlaksanaan ini dilaksanakan disemua peringkat sistem pendidikan negara, tidak adil bagi anak kecil yang belajar di aliran rendah. Apakah pelajar di desa menerima pendedahan yang sama seperti di kota? Ya, sesetengah tokoh mungkin berkata zaman mereka dulu, berasal dari kampung,belajar dalam BI tidak menjadi masalah malah mereka berjaya hingga sekarang. Tapi itu dulu, dimana sekolah aliran Inggeris menjadi tempat mereka belajar, maka tiada masalah.

Laksanakan PPSMI pada peringkat menengah, itu dilihat lebih sensitif dengan persekitaran. Apabila pelajar di sekolah rendah tidak dapat memahami asas dalam Matematik dan Sains disebbkan bahasa, anda dapat bayangkan apabila mereka ini di peringkat menengah nanti tercungap-cungap tidak memahami apa yang diajarkan. Itu belum guru yang belum menguasai BI, tetapi dikerah untuk 'speaking', maka ianya menjadi paksa rela.

Saya tersenyum sinis melihat jawapan Menteri Pelajaran, Dato' Hishamuddin Tun Hussein, kenapa baru sekarang baru menetang, bukan 6 tahun yang lepas? Menteri ini belum lahir agaknya pada masa itu, itu sebab beliau menjawab begitu. Semasa ura-ura perlaksanaan PPSMI pada tahun 1996, sudah banyak NGO yang menetang. Sebelum perlaksanaan PPSMI,tidak ada persidangan meja bulat dilakukan, mendapatkan pandangan pelbagai pihak, dan perlaksanaan pula dilakukan tergesa2, hingga guru yang hendak mengajar mengeluh mencari kamus, memantapkan diri, semata2 untuk menerima dasar baru ini. Guru pun tidak bersedia, apatah lagi murid?

Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.

Saya adalah produk Sekolah Kebangsaan, belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia yang tunjangnya adalah bahasa Melayu, tidak sekali2 akan malu dengan bahasa ini. Sangat marah apabila mendengar kata2 seperti; malu untuk menulis tesis dalam Bahasa Melayu, kononnya tidak ada kelas, ketinggalan, malu sebab kuliah dalam BM, katanya maksud tidak sampai, juga malu apabila bercakap Melayu, katanya kita ini adalah Melayu typical. Inilah sindrom orang Melayu, malu dengan jatidiri apabila mereka sudah sedikit maju, tapi apakah maknanya Melayu yang tinggal kelak sudah hilang identitinya? Maka yang tinggal hanyalah baju kurung yang disarungkan hanya bila Hari Raya...

Saya khuatir, saya orang muda yang perjalanannya masih jauh. Saya tidak mahu kita disisih dek kerana orang kita sendiri yang mula alpa kepada perjuangan bangsa. Bangsa lain tidak sedikit pun mau berganjak dari mempertahankan bahasa mereka. Mereka usahakan untuk meletak walaupun sepatah perkataan di atas sebatang jalan. Apabila perjuangan menuntut bahasa kebangsaan ini dibalasi oleh semburan gas pemedih mata, tertanya sendiri adakah begini caranya balasan untuk perjuangan untuk menegakkan sebuah bahasa....

-Karya Orang Timur-

2 comments:

ada cara lain nak improvisekan english di kalangan dak sek. iiatu dengan mengadakan english speech n communication. it is better subjek yg tak masuk exam. cuma evaluation.memang kasihan budak luar bandar

wa caya lu la jaalll... lagi2 bila ko mention abt tulisan jawi..leh jd pejuang bangsa + agama..huhu...(tp aku pelek org cine india xde lak bising..huhu...)

Post a Comment

Newer Post Older Post Home