Friday, February 27, 2009

Adakalanya kita menjadi pendek akal...

Salam...
Hari ini saya memandu ke Pelabuhan Klang, kerana ada site work..melalui lebuhraya NKVE, melepasi beberapa tol..biasalah, waktu pagi yang sesak, kerete berduyun-duyun menuju ke Pusat Bandar, semua mahu ke tempat kerja dengan cepat...

Di Plaza Tol, ada 3 line kebiasaannya...Lorong tunai, Smart Tag dan Touch n Go!...Touch n Go ada 2 line, Smart Tag ada 2 line dan tunai ada 2 line...itu tak termasuk yang tak dibuka...Dalam ketiga-tiga line ini, Lorong Tunai adalah barisan yang terpanjang sekali...Panjangnya sampai ke awal2 jalan susur keluar tadi dari lebuhraya...kereta yang lalu Touch n Go 'sikit-siki't....'Smart Tag', kadang-kadang..

Say mlalui lorong Touch n Go! tanpa perlu buang masa beratur panjang...Ketawa kecil melihat kereta lain yang mahu menghabiskan masa mereka sekurang-kurangnya 15 minit untuk sampai ke plaza tol dan byar tol...Barisannya bukan pendek, tapi panjang...Alah...Touch n Go bukan mahalpun...RM 10 dan tambah nilai ikut kemampuan...Sekarang Topup kat ATM pun boleh bai...

Jangan kufur nukmat...panjangkan akal yang pendek tu...belilah kad T n G tu, perjlanan cepat lagi selesa!

P/S: Saya tidak ada kena mengena dengan T n Go aataupun adik beradik PLUS...ini adalah personal opinion..

Wednesday, February 25, 2009

Boikot KFC?

Israel menyerang Palestin tanpa belas kasihan...Melihat anak-anak kecil bermandikan darah, kehilangan ibu bapa, rumah yang ranap dibom, atas dasar kerakusan yang bermaharaja lela, itulah Yahudi, bangsa yang tak akan berhenti dari membenci Islam, hingga kiamat...

AS ternyata berat sebelah, menggunakan kuasa vetonya untuk membuat keputusan tunggal dalam persidangan PBB, menyokong tindakan Israel, menyerang Palestin sebagai tindak balas serangan Palestin ke atas mereka..

Lontaran batu oleh rakyat Palestin ke ats kereta kebal rejim Zionis, Israel, terlukakah mereka?
Bekalan bantuan makann oleh msyrkt antarabangsa kepada penduduk Palestin, disekat, dimusnahkan, malah di bom tempat perlindungan 'pelarian' di tanah air sendiri ini.

Kejam..Memang KEJAM...Umat Islam amat marah dengan tindakan serangan oleh Israel ini, malah warga bumi turut bersatu hati utk memerangi kekejaman Zionis ini...

Boikot......

Boikot segala jenis barang atau benda buatan Amerika..kerana mereka menyokong dan memberi sumbangan kepada Israel untuk serang Palestin...

Boikot KFC, "ini makanan US, salur duit ke US, n last2 sumbang ke Israel...."

Adilkah hanya boikot KFC?

Apakah ertinya boikot KFC, jika selepas demontrasi itu, berhenti rehat bawah pokok, amik lighter, cucuh rokok DUNHILL/Malboro/Salem, n hisap sambil melepaskan asap berkepul2...

Adakah rokok itu menyumbang ke arah pemmbangunan agama Islam?Rokok itu haram, sudah secara terangan dinyatakan oleh mufti2, tapi itu tak diendahkan...hairan..

KFC menggajikan 22000 pekerja di Malaysia, majoriti muslim..KFC Malaysia diuruskan 100% oleh rakyat Malaysia, dan kini JCORP membeli KFC Malaysia, terima kasih Tan Sri Muhammad Ali Hashim..

Dibawah KFC Holdings Malaysia Berhad terdapat Ayamas Food Corp, Region Food (Sos Life), KFC Manufacturing, Rasamas Restaurant, Kedai Ayamas, KFC Feedmills, KFC Broiler, Hatchery and breeder.. Siapa sangka melalui rantaian restaurant, kini KFC Holdings mampu memiliki syarikat2 ini dan ini termasuk menguruskan Pizza Hut di Malaysia dan menjalankan operasi bagi restoran KFC di Kemboja...

Ya, mmg KFC asalnya Amerika, tapi money circulation adalah kepada rakyat Malaysia, menjana ekonomi melalui penglibatan pengusaha tempatan dan hingga KFC Malaysia menjadi yang pertama di Malaysia, bg fast food restaurant...

Boikot memng patut dikenakan terhadap US, tetapi alangkah baiknya ia tidak dilakukan secara mebuta tuli, mengikut perasaan, dan bertindak keterlaluan..apakah akan berlaku jika mereka ini hilang mata pencarian?restoran KFC sensitif kepada keperluan msyrakat, malah satu restaurant di Sentul menggunakan khidmat OKU untuk melayan selera anda, tapi adakah compny rokok ini concern seperti apa yang KFC lakukan?

Bgiamana dengan OS komputer, Windows, barangan dari US seperti Dell, Pesawat boeing, dan sebagainya..ianya perlu diboikot juga...! Umat Islam akan terus di rspect hanya dengan ilmu yang ada, bukannya tindakan emosi keterlaluan yang memberi kesan kepada umat Islam sendiri...


Fikir2kan dan selamat beramal!

MPV Proton; Exora to be launch soon?

Proton sudah mengumumkan nama baru kereta MPV nya...Exora...diambil sempena Ixora, sejenis bunga...tapi digantikan E sebab tak nak sama dengan nama tumbuhan...saya ada masuk pertandingan menamakan MPV terbaru ini, tapi...kalah...hehe....mungkin x besh kot name yang saye bg tuh..

Anyway, proton terlalu mengambil masa untuk melancarkan MPV ni...dengar kabarnya, dah setahun lebih model ni tersadai dekat plant dorang...sbb mybe nak test2, nk cari mase yang sesuai to launch...

And Proton akan lancarkan MPV nye dalam bulan Mac ni...Tapi umum sudah tahu ekonomi dunia yang sedang meleset, jualan kereta yang tidak memberangsangkan, malah company Jepun for car maker also start to stop their workers...Proton pulak ambil masa ni untuk launching....Ya, mmg rakyat Malaysia x sabar nak tengok MPV sulung ni, tapi saya tak sanggup lihat MPV ni jadi macm Proton Juara, Tiara, Savvy tersadai kerana kalah dengan persaingan, di samping wrongly select the right time to launch....

Pendapat anda?

I'm come back!

I'm come back again! my first appearance after rest for a long time..i have been silence for about 3 months, and this make people around me keep asking about my self.."hey haizal, where did u go? what u do right now?r u hiding from somebody?"ohh...thanks for your concern...only my blog does not active friends, but not for my self...

as my last posting, i already mentioned dat i will move to new company...now i already here! i think u know guys, joining such a big company like kfc, for sure got a lot of things to catch up and to learn...

what does i did for more than 3 months?

From 17 November to 19 Dicember 08- i was located at kfc kelana jaya to learnt KFC Restaurant operations

January-February 2009- Went down to KFC Supplier site; observed, learnt, looks, visit, and do some minor task given by my boss

End of February 2008? ; I come back to update this blog and would like to share wif u all about my opinion, my critics, my styory, my journey of life, and also my wish...check it out...!

Newer Posts Older Posts Home