Tuesday, November 11, 2008

From FoodReg Malaysia to KFC Holdings Malaysia Berhad

Salam sejahtera..
Maaf kerana lama tidak update blog ini..Saya agak sibuk dalam menyelesaikan tugasan-tugasan terakhir di syarikat sekarang, FoodReg Malaysia Sdn Bhd di Cyberjaya. Jumaat ini, 14 hb November ialah hari terakhir saya di FoodReg dan Yakin IT. Ini kerana saya akan berpindah ke KFC Holdings Malaysia Berhad di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Saya akan bertugas sebagai Food Technologist dan satu dari skop kerja saya ialah mengaudit supplier atau pembekal-pembekal yang membekal barang mereka ke KFC.

Meninggalkan FoodReg dan Yakin IT adalah berat bagi saya, ini kerana terlalu banyak pengalaman yang saya peroleh, terutamanya semasa menyempurnakan projek M-FIT. Melalui projek ini, banyak pengalaman dalam bidang aquaculture, poultry, dan star fruit diraih. Kenalan saya dari bidang industri makanan juga bertambah, malah adakalanya sedikit cemburu untuk memiliki perniagaan seperti mereka.

Perjalanan selama seminngu ke Johor, terutamanya di daerah Kota Tinggi, bermula dari Pengerang, iaitu di selatan Johor, kemudian naik ke Sedili dan Tanjung Sedili, dan dari situ ke Felcra Sg Ara (melalui kubu komunis, jalan berhantu, waktu tu masa magrib), dan dari Felcra Sg Ara ke Jemaluang, dan tiba di Mersing. Di Mersing aku singgah di pantai Air Papan, wahh sungguh indah ciptaan tuhan. Lautan saujana mata memandang, hamparan pantai yang pasirnya putih dan ketenangan yang tak mungkin aku dapat di pantai barat Semenanjung..ouhh..

Dari Mersing seterusnya aku pecut ke Pekan, Pahang, melalui Nenasi. Perjalanan yang jauh ini amat bosan sebab memandu keseorangan, tapi syukur sepanjang perjalanan di persisiran pantai itu, aku kuat mengelamun memandang pantai yang cantik dan kebiruan. Tiba di Pekan dalam senja, aku ke Kuantan pula untuk mencari rumah tumpangan. Cukupla bg aku. Lelaki senang je, x perlu risau sangat pasal penginapan ni. RM 38, bilik aircond termasuk tv...Wow, seharian penat memandu, tido sampai ke pagi.

Keesokannya, aku pandu Savvy ku yang gagah berani ke Kg Paloh Hinai, Pekan untuk melawat Broiler ayam di situ. Abang kat situ membawa aku ke rumahnya untuk berehat, dekat dengan Tasik Chini. Pertama kali aku sampai di kawasan itu dan rase macam pelik pun ade lihat slang orang Pahang cakap. Mcam orang kelantan sikit, tapi agak kasar..tapi orangnye tak kasar..hehe..

Dari Pekan, aku amik highway Gambang dan turun ke KL semula. Perjalanan lebih kurang 3 jam setengah dan akhirnya selamat sampai ke tol Gombak jam 11 malam. Alhamdulillah..

Saya merindui saat-saat ini, perjalanan yang agak memenatkan, tapi percaya atau tidak, sepanjang 6 hari itu, saya hanya bermalam di hotel tumpangan cuma semalam? Ini kerana saya bertemu dengan penternak2 yang boleh ibarat seperti mak ayah saya..En Kamil dari Pengerang, En Miswan, Mak Dah dari Tanjung Sedili, En Paurizan dan En Mad Sim dari Mawai, En Tukijan dari Felda Bukit Aping, Puan Sabariah dari Sg Kapal, Pengerang, Puan Saniah dan En Boiran dari Felcra Sg Ara. Kenangan bermalam di rumah anda, berkongsi cerita, pengalaman menjenguk anda seharian di ladang ayam meninggalkan kenangan manis kepada saya.

Saya x sabar untuk jumpa kalian semula, dan insyaallah saya akan datang ziarah anda nanti. Pengalaman membawa sorang Mat Salih dari Sepanyol, Marc Tarrago Galceran memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Sampai exhausted mat salih tu.Haha...Anyway, now Marc is waiting for his first baby..And recently i received an email from him informed that he will be a father to two baby in one time..this because he's lovely wife, Nuria, is carrying a twin..thats wonderful news and i also happy to hear that.. Its so funny to see Marc drove the Proton Wira with speed 140kmh in Johor road because in Spain there is normal speed. I also remember when we are short of money..Can u imagine how to find many changer in rural area in Kota Tinggi? At that time, i also running out of money..Marc only got euro pound..Aiiyaa...Fortunately, we found one money changer in Kota tinggi town after return back to town from rural area...

Itulah my sweet memory during MFIT project..kitorang stay up kat opis sampai 3 pagi n then baru balik..semata2 nak siapkan keja..

Semoga apa yang dipelajari di company ini akan membantuku di KFC nanti...insYAALLAH..

Newer Posts Older Posts Home