Monday, May 26, 2008

Permit Bas Ekspres Konsortium digantung?

Sejauhmanakah larangan penguatkuasaan Konsortium Bas Ekpres Semenanjung ini diikuti? Saya bukan menidakkan kuasa pihak berkuasa, terutamanya apabila larangan ini dikeluarkan oleh LPKP. Hairan! Tatkala larangan berkenaan perkhidmatan ini baru berkuatkuasa (itupun selepas kemalangan di Negeri Sembilan yang melibatkan banyak nyawa, walhal 4 kemalangan melibatkan nyawa dalam tempoh 4 bulan, wow!hatrick beb!), bas ini masih aktif berkeliaran di jalan raya, bebas bergerak riang membawa penumpang. Saya tidak bercakap kosong. Ketika dalam perjalanan pulang ke Penang pada 20 Mei lalu, senang2 saya dapat melihat bas ini, warna maroon, sponsored by Spritzer, megah menyusur lebuhraya Plus. 2 biji pulak tu. Lokasi? Sejurus selepas Tol Juru Arah Utara.
Sedutan Bernama;

'Difahamkan, ketika ditahan pemandu bas berumur 40 tahun itu (ke Pulau Pinang) cuba melarikan diri tetapi ditahan pegawai JPJ untuk soal siasat.'

'"Pemandu bas berkenaan mendakwa yang dia telah menerima arahan daripada 'tauke' syarikat supaya terus memandu bas itu selagi tidak ditahan pihak berkuasa.'

Hai...sikap orang kita, lebih takutkan bos daripada keselamatan diri dan penumpang. Saya kurang pasti kenapa dan mengapa tauke KBES ini tidak takut dengan undang-undang? Apakah undang-undang ini dibawah celah ketiak mereka? Apabila undang-undang tidak lagi digeruni, apatah lagi dipatuhi, maka tentunya ada sesuatu yang pelik...Tauke ini kebal? Atau undang-undang kini yang tidak ubah seperti bahan jenaka dan gurauan sesetengah pihak?
Ala bos, kita kawtim la..Nanti wa belanja lu minum 'kopi'...

KBES sepatutnya diambil tindakan dari awal lagi. Sudah ramai yang terkorban bile berkorban nyawa menaiki bas ini. Sistem pengendalian juga perlu diperbaiki. Saya pernah sekali menaiki bas ini pulang ke Penang, naik di Puduraya. Tiket pkul 11, datang pukul 12. Bile dah naik, letak barang, suruh tukar bas, katanya tersilap bas. Apa cer?

Kpd pengguna, tepuk dada, tanya selera!

Pulau Batu Putih- Malaysia Putih Mata

Salam...saya mengikuti dengan penuh minat isu Pulau Batu Putih ini sejak ianya menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura. Keputusannya jelas, Pulau Batu Putih kini milik Singapura walaupun ia sebenarnya adalah hak kita, hak Malaysia. Akhbar arus perdana melaporkan ini adalah situasi menang-menang kepada Malaysia, juga Singapura. Negara mendapat Middle Rocks, tetapi Singapura memiliki Pulau Batu Putih. Bagi saya, kita sebenarnya kalah. Kalah dalam perjuangan sebenar, iaitu matlamat asal ialah menuntut hak kita ke atas Pulau Batu Putih dan keputusan ICJ pada Jumaat, 23 Mei telah mensahihkan apa yang kita khuatiri selama ini, akhirnya terjadi. Pulau Batu Putih-Malaysia Putih Mata. Secara amnya, pulau ini sekali imbas adalah sebuah pulau yang hanya ada batu putih, lumut pun x nampak..Tiada nilai komersil, apatah lagi untuk didiami. Inilah kebutaan kita. Dikala pihak lain mengintai peluang, menantikan saat kita terleka, mereka pula bersiap sedia menangguk di air keruh. Perlu diingat, kita bukannya seperti Indonesia, memiliki begitu banyak pulau sehingga mereka sendiri pun kurang pasti berapakah bilangan sebenar pulau yang dimiliki mereka. Tambah lagi, ada pulau mereka tidak bernama! Malaysia sebuah negara bertuah, mempunyai perairan yang luas, pulau-pulau yang indah tetapi jangan dilupakan pulau-pulau kecil ini. Pulau Batu Putih ini walaupun hanyalah seluas 0.2 hektar atau setengah padang bola sepak sahaja, dan hanya 12.8 km dari Pengerang, Johor tetapi 46 km dari Singapura.Tapi kenapa baru sekarang baru Malaysia mahu merebutnya sedangkan Singapura awal2 lagi sudah menyatakan pemilikannya melalui pembinaan rumah api, sistem radar dan meletakkan kapal pengawal maritim di sekitar perairan pulau itu? Mujur, Allah itu maha Adil lagi Maha Bijaksana, syukur Middle Rocks jatuh kepada Malaysia. Saya tidak dapat bayangkan kalau kumpulan terumbu ini juga menjadi milik negara jiran, maka kita akan dapat menyaksikan Singapura kedua wujud di Selatan Johor. Ini kerana Singapura pernah menyatakan hasrat untuk melakukan penambakan di Pulau Batu Putih, mungkin ini akan melibatkan Middle Rocks yang hanya 1.1 km ke selatan pulau itu. Setidak-tidaknya jatuhnya Middle Rocks ke atas Malaysia menjadikan ianya seperti pengimbang kepada kekuasaan Singapura ke atas Batu Putih kelak. Inilah pentingya sejarah. Jangan menidakkan sejarah kerana bangsa yang maju dan bertamadun ialah bangsa yang menghargai sejarah, menghayati dan menjadikan asas kepada kemajuan pada masa hadapan.

Tuesday, May 13, 2008

Dasar Meritokrasi, Kesan dan Halatuju Dasar Pendidikan Negara

Salam muhibah...
Keputusan untuk memasuki Kolej Matrikulasi bagi pelajar lepasan SPM 07 /08 sudahpun keluar dan hal yang sama juga berlaku kepada mereka yang memohon program diploma di Universiti yang menawarkan program terbabit. Belum semak lagi? Aduh...cepat semak dik...

Saya amat tertarik sekali melihat keputusan cemerlang para pelajar pada masa kini.Tahniah kepada mereka yang berjaya, tentunya anda mengimpikan peluang belajar di universiti yang anda cita-citakan selama ini tercapai. Sebagai seorang yang terlibat dalam bidang konsultansi pendidikan, KOT mengharapkan adik-adik tidak terlalu kecewa dengan keputusan yang bagi adik tidak cemerlang, tapi sebenarnya adalah cukup cemerlang di tempat lain. Mengapa KOT berkata begitu?

Sistem meritokrasi dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun 2002 bagi menggantikan sistem kuota yang menetapkan sebanyak 55 peratus pelajar bumiputera dan 45 peratus untuk (pelajar) bukan bumiputera bagi kemasukan di IPTA (dipetik dari Utusan Malaysia, 27 Mei 2004).Meritokrasi secara definisinya ialah merit-iaitu sistem yang membenarkan kemasukan ke sesuatu tempat melalui saringan yang telus-hanya yang cemerlang, berjaya -tanpa dibatasi oleh faktor pengkhususan seperti kaum, taraf hidup dan sebagainya. Inilah dilema yang dihadapi, tetapi KOT percaya perlaksanaan ini sebenarnya bertujuan meningkatkan kebolehsaingan anak2 Melayu terutamanya dengan bangsa lain. Dasar Meritokrasi yang dilaksanakan semasa era kepimpinan Tun Dr Mahathir melihatkan satu keterbukaan kepada sikap orang Melayu; bersaing bersama-sama bagi mencapai kecemerlangan. KOT sendiri yang juga hasil daripda sistem meritokrasi melihat ianya sebagai satu 'tools' atau 'indicator' menguji,menilai dan mengetahui kekuatan kita dalam membuktikan bahawa bangsa Melayu bukanlah bangsa bertongkat, hanya masuk ke Universiti melalui kuota yang disediakan!

KOT ingin mengajak anda berfikir sejenak, melihat kepada beberapa fakta dibawah dan mentafsir mengikut pendapat anda.

1) Berita penting untuk orang Melayu: Pelajar bumiputera merupakan kumpulan terbesar yang diterima masuk ke lima fakulti kritikal, iaitu fakulti perubatan, fakulti pergigian, fakulti kejuruteraan elektronik, fakulti kejuruteraan kimia dan perakaunan dalam pengambilan sesi 2004/2005 di IPTA, berdasarkan sistem meritokrasi. Seramai 439 pelajar atau 56.4 peratus berjaya memasuki bidang perubatan berbanding 340 pelajar bukan bumiputera, bidang pergigian 125 orang atau 58.9 peratus, kejuruteraan elektronik 1,113 orang atau 72.8 peratus, kejuruteraan kimia 489 orang atau 63.4 peratus dan perakaunan 845 orang atau 57.5 peratus.

KOT-Orang tidak menyangka, malah mungkin terkejut, mendengar berita bahawa, berdasarkan sistem meritokrasi, pelajar Melayu (atau bumiputera) tiba-tiba dapat melebihi jumlah pelajar bukan bumiputera dalam bidang yang dikatakan kritikal itu. Rasa tidak sangka atau terkejut ini timbul dari mitos lama yang mengatakan bahawa pelajar Melayu tidak pandai dan tidak cerdik dan mereka pasti tidak akan dapat menyaingi pelajar bukan bumiputera kalau persaingan itu didasarkan atas sistem meritokrasi.

2)seramai 24,678 orang pelajar bumiputera memohon masuk ke aliran sains tetapi hanya 14,497 orang atau 68.7 peratus sahaja yang berjaya, bererti 41.3 peratus gagal; ini peratusan yang cukup besar. Tentang pelajar Cina pula, daripada 9,577 orang yang memohon masuk ke aliran sains, 8,047 orang atau 84 peratus berjaya. Peratus gagalnya hanya 16 peratus. Jadi, kalau berdasarkan kadar jumlah pelajar bumiputera-bukan bumiputera, nampaklah bahawa kejayaan pelajar Cina masih jauh lebih tinggi daripada kadar kejayaan pelajar bumiputera.

3)Menurut laporan, jumlah permohonan yang diterima pada tahun ini untuk masuk ke IPTA ialah sebanyak 85,966 orang, daripada jumlah ini 39,724 permohonan untuk aliran sains dan 46,242 untuk jurusan sastera. Yang berjaya diterima masuk hanya 38,892 orang. Ini bererti sebanyak 47, 242 pemohon terpaksa ditolak, walaupun ini tidak bererti mereka tidak layak dari segi kelayakan akademiknya untuk mengikuti pengajian di peringkat universiti dalam bidang apa pun, termasuk perubatan, sains, kejuruteraan dan sebagainya.

4)Saya teringat kata-kata seorang ahli falsafah atau pemikir pendidikan di Barat. Dia berkata bahawa The purpose of education is not to inform but to form, maksudnya, tujuan atau matlamat pendidikan bukan untuk menyampaikan maklumat tetapi untuk membentuk. Membentuk tentunya bererti, membentuk budaya ilmu, akhlak, akal budi dan budi pekerti yang mulia, dan sebagainya. Dapatkah meritokrasi yang hanya berdasarkan kecemerlangan otak atau kecemerlangan quantifiable intelligence, seperti yang dianjurkan oleh Michael Young dalam bukunya, The Rise of Meritocracy (1958), membentuk manusia atau pelajar seperti itu? Tujuan Michael ialah melalui meritokrasi, satu kumpulan manusia elit yang kira-kira robotik sifatnya dari segi meritokrasi otaknya, dapat dibina untuk memerintah atau mentadbirkan negara berdasarkan merit atau kelayakan otak mereka, menggantikan sistem aristokrasi. Kalau ini maksud atau tujuan meritokrasi, maka tidak ada kerajaan atau pemimpin negara di dunia yang layak dikatakan meritorious dari segi teori intelligence otak itu. Yang tidak diambil kira ialah meritokrasi budaya atau cultural intelligence, meritokrasi moral dan emotional intelligence.

Monday, May 12, 2008

Study in Medical, Dentistry and Pharmacy

Perubatan dan Pergigian

SPM sekurang-kurangnya B4 dalam 5 mata pelajaran sains ( Fizik, Kimia, Biologi, Matematik & Matematik Tambahan) dan rayuan yang akan dipertimbangkan hanya untuk satu C5 sahaja.

STPM/MATRIC./FOUNDATION PROGRAMS/STPM/ MoHE Matriculation
PRINC. B / CGPA 3.00

South Australian Matriculation (SAM)
14 B/20 (S&M)

Victoria Certificate Examination (VCE)
14 B/20 (S&M)

Western Australian Matriculation (WAM)
14 B/20 (S&M)

Canadian International Matriculation Program /
Canadian Pre-University (CPU) University
65% (S&M)

Monash University Foundation Year (MUFY)
390/600 (S&M)

The New South Wales Higher School Certificates
390/600 (S&M)

Univ. Foundation Studies for New South Wales (UNFNSW)
390/600 (S&M)

GCE A-LEVELS
390/600 (S&M)

Higher Education Certificate of Tamilnadu, India
130/200 (S&M)

Unified Examination Certificate (UEC)
5 B (S&M)

Farmasi

SPM sekurang-kurangnya C6 dalam 5 Mata Pelajaran Sains

STPM/MATRIC./FOUNDATION PROGRAMS/ STPM/ MoHE Matriculation.
2 PRINC. C / CGPA 2.00

South Australian Matriculation (SAM)
14 C/20 (S&M)

Victoria Certificate Examination (VCE)
14 C/20 (S&M)

Western Australian Matriculation (WAM)
14 C/20 (S&M)

Canadian International Matriculation Program /
Canadian Pre-University (CPU) University
55% (S&M)

For personal assistant please call GMN Senior Consultant :
En. Haizal at +60173831583

Be with us and We Will Facilitate You To Achieve World Class Medical Education

Kurang 9,000 pakar perubatan


Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 27 April - Negara masih memerlukan seramai 9,000 pakar perubatan bagi menampung kekurangan tenaga kerja dalam bidang itu untuk memenuhi keperluan kesihatan rakyat di hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, jumlah itu mewakili 40 peratus jawatan yang diperlukan di pusat kesihatan awam berkenaan manakala 60 peratus lagi telah pun diisi sejak tahun 2003.

Katanya, kekurangan itu disebabkan faktor gaji yang rendah di negara ini sehingga pakar perubatan lebih cenderung menawarkan perkhidmatan di luar negara yang gajinya jauh lebih lumayan.

Malah, ujarnya, kekurangan tersebut turut berlaku apabila ada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di institusi pengajian tinggi di luar negara tidak layak menjadi pegawai perubatan kerana kelayakan mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan.

Beliau berkata, pihaknya telah melaksanakan program bagi menggalakkan doktor pakar Malaysia di seberang laut kembali berkhidmat di negara ini dengan mengkaji semua bayaran gaji dan menempatkan gred mereka sehingga kepada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C hingga A.

Tiong Lai berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Bekas Pelajar Malaysia Universiti Taiwan di sini hari ini.

"Setakat ini, seramai 112 orang telah kembali untuk berkhidmat di negara ini sebagai doktor pakar dalam pelbagai bidang termasuk pembedahan, pergigian dan sebagainya.

"Bagi pelajar yang kelayakan mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan pula, kita telah perkenalkan peperiksaan khas dan sekiranya mereka lulus, mereka boleh berkhidmat sebagai pengamal perubatan di hospital dan klinik awam sebagai satu langkah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pakar,'' katanya.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, pihaknya turut menggalakkan pakar perubatan sama ada dari sektor swasta atau pegawai perubatan yang telah bersara supaya dapat melakukan kerja sukarela bagi membantu operasi hospital dan klinik kerajaan.

Katanya, langkah itu bukan bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pakar tetapi dianggap sebagai 'khidmat negara' bagi membantu kerajaan dan rakyat untuk sama-sama meningkatkan taraf kesihatan negara ini.

"Kalau boleh saya harapkan golongan ini (pakar perubatan swasta dan bekas pegawai perubatan) dapat tampil membantu kerajaan misalnya sebulan sekali ataupun dua bulan sekali," katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA - 28 APRIL 2008

Thursday, May 8, 2008

Salam perkenalan

Selamat datang ke Karya Orang Timur (K.O.T). KOT ingin mengajak anda berbicara mengenai isu semasa, melontarkan idea yang bernas dan meluahkan pendapat. Salurkan kebijaksanaan anda melalui saluran yang betul. Ruang ini mungkin boleh menjadi platfom kepada kita semua dalam berinteraksi secara maya.

Newer Posts Home